Monday, March 21, 2011

Dua Dalam Satu

Sedang aku leka menonton televisyen, aku menerima 1 sms dari no yang aku tak kenali.
“Hey mat, mana kau ni. Dah setengah jam aku tunggu kau kat sini tau x!”
“Hurmm.. maaf, awak dah salah no laa.. saya bukan mat dan saya bukan lelaki.” balas ku.
Then, dia terus diam membisu. Dia pun tak reply mesej aku tadi. Aku pun buat tak tahu jelah. Lagipun bukan aku kenal dia. Malas nak melayan. Tengok movie ni lagi bagus.


Baru je aku nak lelapkan mata. Aku terima 1 lagi sms dari orang yang salah no tadi.
“Sory ye awak. Saya salah sent mesej. Saya nak sent dekat kawan saya tadi. Maafkan saya sekali lagi yer” katanya.
“It’s ok!.” jawab ku ringkas.
Aku terus letak handphone kat atas meja tepi katil. Tapi, aku dapat lagi 1 sms dari dia.
“ boleh saya tahu awak ni siapa nama & tinggal di mana?”
Ish mamat ni. Tak paham bahasa ke yang aku ni dah mengantuk sangat-sangat ni. Ngomel ku sendirian.
“Saya mengantuk sekarang ni dan tolong jangan ganggu saya lagi lepas ni, ok!” balas ku dengan nada yang marah.
Aku terus matikan handphone. Kalau tak off, tak tidur la aku malam ni. Sakit kepala aku dibuatnya.


Sampai je kat office, aku terus kene marah dengan sahabat baik ku, Adi.
“Kenapa aku call ko tak dapat? Ko off fon ye?” tanya Adi dengan nada yang agak marah.
“Ya.. aku off fon dari malam tadi. Ada sorang mamat ni silap sent mesej pastu nak kenal-kenal dengan aku pulak. Lagipun aku baru je nak tidur, asyik-asyik mesej je, rimas aku. Tu aku off fon tu. Sory laa..” terangku ringkas.
“Oh.. ingatkan kenapa la tadi. Ok-ok!” senyum Adi padaku. Senyuman dia betul-betul menambat hatiku. Aku bersyukur kerana dapat mengenali dan berkawan dengannya. Dia sahabat yang baik & peneman ku kemana sahaja aku ingin pergi. Dah macam bodyguard aku dah si Adi ni. Senyum ku sendirian.
“Cik suzie ku sayang, apa yang membuatkan kau tetiba senyum sorang-sorang ni haa?? Share lah dengan aku. Aku pun nak tahu jugak!” bebel Adi padaku.
“Nothing!” jawabku ringkas.
Aku terus beredar dari situ dan Adi mengekoriku dari belakang.

Lunch time

Baru aku sedar yang aku lupa on balik handphone dari malam tadi. Aku tersenyum kambing sendirian. Bila aku on je handphone, banyak aku terima sms dari mamat yang salah no tu. Dan banyak-banyak sms yang aku terima dari mamat tu, 1 sms ni yang menarik perhatian ku yang mengatakan,

Amboi, sombongnya awak ni yer. Sure cantik orangnya dan manja. Terus matikan fon dan tak nak diganggu. Awak ni terlalu privacy la. Saya suka orang macam awak ni. Hope 1 day, we will meet soon. Saya x sabar nak berkenalan lebih rapat lagi dengan awak. Oh ya, before saya lupa, let me introduce myself. Saya Muhd Ilham Iskandar and u can call me by Is. Ok, nanti awak dah on fon, saya akan sms awak lagi. Nice to meet u J bye..

Gatalnye mamat ni. Entah dari keturunan mana datang tetiba nak kenal dengan aku. Eee.. perasannya mamat ni. Seram aku dibuatnya. Ngomel aku sorang-sorang.
Tanpa aku sedari yang Adi dah ada depan mataku. Macam mana lah aku boleh tak perasan dia datang ni sah-sahla dia banyak soalan nak ditanya kejap lagi..
“Haa.. fon baru nak on. Kau ni kan Suzie betul-betul menyusahkan aku tahu tak. Dah la call x dapat-dapat, aku datang depan mata kau pun kau boleh tak sedar. Syok duk baca sms dari mamat asing tu.”  Perli si Adi padaku.
Aku tersenyum ligat dengan ngomelan si Adi padaku. Tambah-tambah dengan bibik mukanya yang agak cemburu dengan sms dari mamat asing tu membuatkan aku lebih tenang disisimu Adi. Terleka aku dibuai kata-katanya.
“Ek eleh minah ni. Aku cakap sorang-sorang rupanya. Suzie… dah negara mana kau dah sampai haa..??? asyik mengelamun jelah kau sekarang ni. Fedup aku dengan kau.” Marah Adi padaku.
“Laaa.. janganlah marah-marah. Aku suka tengok kau bebel kat aku. Lagi-lagi muka cute kau tu. Buat aku geram je. Hahaha..” ketawa aku terbahak-bahak.
Adi terus buat muka cutenye itu. Merajuk la konon-kononnya tapi Comel sangat-sangat


Sebulan kemudian…

“Dah sebulan kita kenal melalui sms, tapi sampai sekarang saya tak tahu pun apa nama awak sedangkan awak dah tahu nama saya” kata Iskandar padaku.
“So, awak marah kat saya la ni ye??” tanyaku
“Bukan macam tu. Saya rasa macam orang asing awak buat kat saya sedangkan kita dah separuh kenal tapi still berbahasakan awak saya. Saudari, can I know your name, please….???” Merayu-rayu Iskandar dengan ku. Lucu dibuatnya.
“Ok, I will let u know but dengan 3 syarat. Baru saya tunaikan permintaan awak ni, boleh?”
“What? Tanya nama pun bersyarat ke..?? awak ni betul-betul pelik la. Tak pernah saya jumpa perempuan sikapnya macam awak yang kepelikan sedikit. Hehehe.”
“So, ok lah. Lagi senang awak tak payah tahu apa nama saya dan secara rasminya saya pun tak nak kenal dengan awak pun.” Tegasku.
“Eh, not like that. Bukan itu maksud saya tadi. Janganlah cepat merajuk. Saya tak pandai pujuk perempuan. Ok-ok! Let be a serious now. Ape syaratnye?”
“Good asking! 1st: Jangan sesekali simpan perasaan dengan saya means don’t fall in love with me. 2nd: Jangan sesekali paksa saya tak kira lah untuk buat sesuatu ke, pergi mane ke, ape-ape sahaja. Kalau saya kata, saya tak nak. Saya tak nak. Ok! And the last want is awak jangan bangga sangat sebab dapat berkawan dengan saya. Saya accept awak ni pun bersebab ok dan jangan tanya sebab tu ape. So, macam mana sekarang, awak agree dengan ke3 tiga syarat yang saya sebutkan tadi?” tegasku.
“Wow.. awak memang layak jadi seorang lawyer. You’re very strict person and berpendirian tetap. Ok, I will accept you’re rules.” Balasnya.


20 April 20xx

Hari ni merupakan hari jadiku. Seperti setiap tahun sebelum ni, Adi akan mengadakan big surprise party for me but till now he doesn’t look around. Semalam dia tak wish pun befday ku. Selalunya, dialah orang pertama yang akan wish hari jadiku tapi sehingga hari ini dia langsung buat tak tahu dengan ku. Aku sedih sangat-sangat dengan sikapnya sekarang terhadapku.

Hari ni juga dia tak masuk office. Aku cuba hubunginya dari semalam tapi dia matikan fon. Dia betul-betul buat aku susah hati. Aku cuba tanya dengan housematenya tapi mereka pun tak tahu dia pergi mana. Dah 2 hari dia keluar rumah tanpa bagitahu apa-apa.

Iskandar, ye Iskandar. Dia pun sama. Sama macam Adi. Diam membisu tanpa 1 sms pun untukku. Tergerak jugak rasa jemari ni nak mesej dia, tapi aku tetap ego dengan diriku. Aku tak akan mulakan mesej dengannya selagi dia yang tak mulakan dulu dengan ku. Tak pasal-pasal nanti, dia ingat aku suka kan dia sebab tu aku ambik berat pasal die. Tak mahu lah aku. Dia tak penting pun untuk aku. Yang penting sekarang ni Adi. Ye, Adi. Aku dah mula menyayangi dia dari dulu cuma aku tak berani nak luahkan isi hati ku ini padanya. Ah.. belum tentu dia suka jugak pada aku. Aku je yang syok sendiri dengan dia. Biarlah aku pendam sorang-sorang perasaan ini.


Lepas je habis kerja, aku terus drive pergi Lake Garden. Ye, tempat inilah selalunya aku mengelamun sorang-sorang dan tempat nilah juga aku bertemu dengan Adi. Waktu itu aku sedang duduk memerhati gelagat anak-anak kecil yang sedang berlari berkejaran sesama mereka dan Adi waktu itu sedang berjoging dengan kawannya yang lalu dihadapanku. Cepat sungguh masa berlalu dan hanyalah kenangan sahaja yang selalu menemaniku.

Setibanya aku di taman, aku terus menuju ke satu bangku yang betul-betul mengadap tasik. Tenang setenangnya aku rasa disaat ini. Aku memerhati setiap gelagat manusia, ada yang sedang berdua-duaan, ada yang datang bersama family dan ada  yang berseorangan seperti ku. Hurmm.. aku melepaskan keluhan.

Secara tidak sengaja, airmataku bercucuran jatuh membasahi pipi. Aku terlalu rindukan Adi. Aku rindukan senyumannya, ketawanya, rajuknya. Adi, dimana kau sekarang ni. Kenapa kau tinggalkan aku sewaktu aku memerlukan kau. Mana janji-janji kau dulu untuk menjaga aku. Adi, apa salah aku sehinggakan kau menyepi sebegini. Katakan padaku Adi andai aku menyakiti hatimu. Adi, pulanglah padaku. Aku amat merinduimu, Adi!


Seminggu kemudian…

“Suzie apa khabar? Sehat ke? Is minta maaf sebab dah lame tak mesej dengan Suzie. Is terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni. Is harap Suzie tak marahkan Is yer..,” mesej Iskandar padaku.

Aku langsung tak balas sms Iskandar. Dia bukan orang yang aku tunggu selama ni. Kau mesej ke, tak mesej ke sama je buat aku. Kau tak penting untukku. Yang penting untukku adalah Adi. Ye, Adi.. dimana kau sekarang!

Hari ni hari minggu. Selalunya hari minggu aku dan Adi akan keluar jalan bersama-sama. Tak kiralah pergi tengok wayang ke, makan-makan ke, window shoping ke janji aku mesti keluar dengan Adi. Dia lah tempat penghibur hatiku dikala aku sedang sedih ataupun time aku tengah happy. Dia pasti ada untukku sentiasa. Tapi, hari ni aku berjalan seorang diri tanpa Adi disisiku. Aku cuba menghubungi dia namun dia still matikan handphone dia.

Sedang aku jalan-jalan kat shoping mall ni, aku terperasan seorang mamat yang aku rasa cukup-cukup kenal. Aku cuba mendekati mamat tersebut dan memang sah aku cukup-cukup kenal dengan mamat tersebut iaitu Adi. Aku terus menarik tangannya hinggakan dia pun cukup-cukup terkejut sampaikan dia diam membisu.

“Adi! Apa ini semua? Kenapa Adi jauhkan diri Adi dari Suzie? Apa salah Suzie pada Adi? Dan perempuan ni siapa? Please explain all this.” Marah sungguh aku time ni.

“Suzie, I will explain all this but not now and not here. Jom, kita pergi minum dulu. Sejukkan hati u tu.” Kata Adi padaku.

Aku terus berlalu dari situ. Aku langsung tak pedulikan ajakan Adi. Hatiku terlalu hancur dan berkecai sehinggakan airmataku laju bercucuran membasahi pipi. Aku dah tak pedulikan semua orang yang sedang memerhatikan aku time tu. Aku terus ke kereta dan berlalu dari situ.

Adi.. sampai hati kau buat aku macam ni. Aku menyesal kenal dengan kau. Sampai hati kau. Aku terus memecut laju hinggalah aku berhenti di suatu tempat yang aku sendiri tidak tahu di manakah aku sekarang ini. Aku menangis sepuas-puas hatiku. Aku tak pernah merasai semua ini sebelum ini. Ini kali pertama aku mengalaminya. Cukup-cukup terseksa dan menderitanya hatiku dikala ini.

Tiba-tiba aku dapat 1 panggilan dari no yang aku tak kenali. Aku tak jawab pun panggilan itu sehinggakan aku terima 1 mesej dari no yang call aku tadi.

Hai Suzie! It’s me, Rehan. That girl yang sama dengan Adi yang u jumpa kat mall tadi.

Apa yang dia ni nak dari aku. Dan mana dia dapat tahu no fon aku ni. Sure Adi yang bagi ni. Aku terus sambung baca mesej dari perempuan tu walaupun aku rase sakit hati sangat-sangat.

Bytheway, I dapat no fon u pun dari Adi. Adi yang suruh i sms u minta maaf dan terangkan segalanya. Suzie, antara I dengan Adi tak ada apa-apa. Kami hanyalah sepupu. Kami memang rapat macam pasangan couple but actually it’s not true. Adi yang ajak I temankan dia pergi cari befday present untuk u dan kalau u nak tahu lagi, Adi terlalu sayangkan u. He love u! dan I difahamkan yang dia dah lama tak masuk office sebabkan u .He prepares everything for u. He wants to purpose u, Suzie. U patut bersyukur dapat lelaki sebaik Adi. Anyway, I tak nak cakap banyak dengan u. kalau u rasa I tipu u, why not u call Adi sendiri Tanya dia or u Tanya sendiri dengan your parents. So, I hope lepas ni u janganlah cepat pikir bukan-bukan pasal Adi ok! He is a goodman and susah tau nak jumpa lelaki sekarang macam Adi. Ok, I have to go now. Bye..

Betulkah apa yang aku bacakan ini? Aku seakan-akan tak percaya dengan sms ini. Ah! Karut je semua ni. Adi saja je nak pujuk aku dan dia guna-gunakan Rehan tu. Eleh, cakap jelah korang tu pasangan couple dan tak payah la nak tunjuk baik dengan aku pulak. NO! aku tak akan percayakan semua ni. Nonsense at all!


Aku pergi kerja seperti biasa. Dan malam tadi aku dah tekad yang aku tak akan sesekali bertegur sapa dengan Adi. Aku dah mula membenci dia. Dan pada masa yang sama, aku cuba berkawan mesra dengan Iskandar. Iskandar melayan ku dengan penuh keihklasan dan aku rasa tenang dan bahagia disamping dia. Tapi yang aku menjadi tanda Tanya, macam mana dia tahu semua yang aku suka kan ini dan tak suka kan itu. Hurmm.. musykil aku dibuatnya. Namun, aku terima dia seadanya.

Dah 3 bulan aku dan Iskandar berkawan mesra sesama kami. Dan ada sekali tu, dia menyatakan hasrat hatinya untuk mengenali aku dengan lebih jauh lagi. Aku dah mula paham apa yang cuba dia katakan namun aku tetap ego dengan diriku. Aku saja nak tengok sejauh mana kejujuran dia untuk berkawan dengan aku. Aku tak nak berbuah kali ke2 sama macam Adi yang pernah hancurkan hati ku dulu. Dia aku dah tak tahu sekarang di mana sebab dia dah berhenti kerja minggu yang lepas. Dia pun aku dah buang jauh-jauh dari hidup aku dan dia dah mati untuk aku. Now, aku kena fokuskan apa yang dah ada depan mata. Iskandar, dialah pengganti Adi sekarang.

Hari ni juga hari pertemuan pertama di antara aku dan Iskandar. First time face to face to each other. Nervous sangat-sangat. Jantungku tak berhenti dup dap dup dap dari semalam. Malam tadi pun aku tak dapat tidur lena hinggakan aku berangan-rangan bagaimana rupa paras si Iskandar tu. So, today is our 1st date and before this, kami hanyalah berbual di talian atau pun by sms only. Perghhh….. tak senang duduk aku dibuatnya.

Kami berjanji untuk berjumpa kat Taman KLCC dan kene pakai baju yang berwarna oren. Tau-tau je aku suka warna oren. Hehe.. anyway, aku time tu pakai casual je.. jeans and t-shirt dan bertudung. Of courselah aku bertudung kan. Aku tunggu betul-betul depan kolam menghadap bangunan KLCC. Almost half an hour aku tunggu dan terus menuggu manalah si Iskandar ni. nak mesej Tanya, dia sendiri cakap last night, tunggu sampai Is datang dan kalau dah 2 jam Is x sampai-sampai lagi, Suzie boleh balik. Ada pulak macam tu kan. So, aku pun tunggulah dengan penuh kesabaran.

Tengah-tengah aku duduk tunggu si Iskandar, datang seorang budak lelaki kecil duduk kat sebelah aku. Dan boleh pulak dia hulurkan cokelat Cadbury padaku sambil berkata “Kakak, nah cokelat untuk kakak.” Comel sungguh kata-katanya.

“Untuk kakak ke? Siapa yang bagi kat….” Belum sempat aku bertanyakan, budak lelaki itu tadi terus berlari meninggalkan aku dengan seribu tanda Tanya. Aku membelek-belek cokelat tersebut. Risau juga aku time ni dibuatnya. Tengah-tengah aku duduk terpikir siapalah gerangan yang bagi cokelat ni padaku, aku terima 1 sms dari Iskandar.

“Cantiknya Suzie hari ni. Bertuah Is dapat perempuan secantik Suzie.” Kata Iskandar padaku.

Belum sempat aku nak membalas sms dia, tetiba muncul seorang jejaka kacak lagi tampannya berdiri depanku sambil membawa sejambak bunga rose putih iaitu bunga kesukaan ku. Dia terus menyapa aku dan memperkenalkan diri bahawa dialah orang yang aku ternanti-nanti dari tadi. Iskandar, Muhd Ilham Iskandar tapi pada masa yang sama aku seperti tidak percaya bahawa orang yang berdiri depan mataku sekarang juga adalah Adi. Ye, Adi. Patutlah muka macam pernah ku lihat. Rupa-rupanya, Adi dan Iskandar adalah orang yang sama.

Adi menceritakan dari awal sampai akhir kenapa dia buat semua ini dan budak lelaki tadi adalah anak buah dia sendiri. Malu semalunya aku bile dapat tahu semua ni. Segala penjelasan, Adi terangkan sejelas-jelasnya padaku. Sungguh aku tak sangka bahawa semua ini sudah diatur dengan jayanya oleh Adi. Adi menyamar sebagai Iskandar kerana ingin memiliki hatiku dan secara tak langsungnya dia ingin aku menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Sehingga ke hari ini, Adi dan Iskandar adalah seorang lelaki yang amat aku cintai lagi sayangi. Hasil daripada perjalanan al-kisah kami ini, kami telah disatukan dan memperolehi sepasang cahaya mata hasil dari cinta sejati kami.

*************************************TAMAT*********************************


*hehe.. silalah ye tinggalkan komen anda
*rekaan semata-mata
*1st nurkilan dari cik cujie.. huhu

No comments:

Post a Comment